
Sulit
4 tahun
Perlukah saya diagnosis untuk simptom Tuberculosis
Hi dokter…Ibu mertua saya di diagnosis tuberculosis, adakah tinggi kemungkinan dijangkiti untuk saya berumur 27tahun yang terdedah dengan kerap tapi bukan dalam rumah yang sama?Adakah simptom saya ini perlu di diagnosis?sakit kepala berpanjangan, sering rasa loya, perut tidak selesa, kurang kuantiti makanan dan simptom terbaru tekak tidak selesa… Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan diiringi dengan sejarah ibu mertua yang menghidap tuberkulosis, saya menyarankan anda dan ahli keluarga lain yang bergejala untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat bantuan secara langsung dari doktor pakar yang lebih arif dalam mengenal pasti kondisi kesihatan anda saat ini.
Walau bagai manapun, secara umumnya, kondisi anda juga boleh dikaitkan dengan
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- faktor psikologi
- tanda-tanda awal dari jangkitan kuman
- atau gangguan kesihatan lain yang memerlukan rawatan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.