
Sulit
4 tahun
Perlukah saya mengambil pil postinor atau pil perancang harian
Hai Doktor
Every month saya mengambil pil perancang pada hari ke5@7 period tetapi pada bulan ini sepatutnya semalam saya kena start ambil pil perancang tetapi pil belum beli lagi😁dan semalam saya telah bersama dengan suami…apakah saya boleh terus ambil pil perancang pada hari ini atau saya patut ambil pil postinor?
Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Namun begitu, kami kurang jelas mengenai pil perancang yang anda ambil pada hari ke-5 atau ke-7 haid. Sekiranya anda mengambil pil perancang untuk setiap 21 hari, anda boleh mengambilnya pada hari ini. Sekiranya anda subur semasa waktu bersama dengan suami dan tidak merancang untuk hamil, anda boleh mengambil pil perancang kecemasan dalam tempoh masa 72 jam selepas anda bersama dengan suami.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Sebagai peringatan, pil perancang kecemasan mengandungi hormon yang tinggi dan anda tidak digalakkan untuk menggunakannya secara berterusan. Anda juga digalakkan untuk menasihati suami anda untuk menggunakan perlindungan seperti kondom semasa bersama untuk mengurangkan risiko kehamilan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.