Sulit
5 tahun
Perlukah saya sekeluarga buat swab test
Hi doc…sy nk tya status sy perlu buat swab test or tak…situasi sbb suami pengasuh anak sy disahkan positif covid ptg smlm utk result test ke2…tapi anak (yg htr ke pengasuh), isteri & saya takda simptom² covid…sy dpt tahu info ni ptg smlm bila ambil anak dari pengasuh yg mengatakan suaminya dh dpt result positif covid utk test ke2…hari ni sy dh xhtr anak ke pengasuh…
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini terutama pada musim pandemik ini, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan ahli keluarga anda.
Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Sekiranya anda adalah kontak rapat, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi anda untuk lakukan ujian swab dalam masa 14 hari. Sekiranya anda mempunyai gejala, sila hubungi pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Jika anda diklasifikasikan sebagai kontak rapat, adalah terbaik untuk anda melakukan ujian saringan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk mengawasi dan memantau keadaan anda dan ahli keluarga terlebih dahulu. Sekiranya anda, anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, sila hubungi pihak yang berkaitan dengan segera.
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik link ini untuk maklumat lanjut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































