
Sulit
3 tahun
Perlukah vaksin setelah positive covid
Jika sesorg sudah dijangkiti covid, adakah dia seharusnya mengambil vaksin?
Sesorg yg sudah dijangkiti Dan sembuh sepatutnye dh ada antibodi covid dlm badan dia kan… Betul atau tidak… Kalau dh ada tak perlu vaksin lg kan?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika bekas pesakit Covid-19 perlu mengambil vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Seperti yang anda sedia maklum, bekas pesakit Covid-19 sememangnya mempunyai imuniti terhadap virus tersebut. Namun, berdasarkan kajian yang telah dijalankan, imuniti tersebut hanya kekal dalam badan selama 3 hingga 6 bulan. Selepas tempoh ini, mereka boleh dijangkiti semula. Oleh sebab itu, bekas pesakit Covid juga disarankan untuk mengambil vaksin untuk mencegah jangkitan teruk Coronavirus. Anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 untuk maklumat lanjut mengenai vaksin. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini