
Sulit
4 tahun
Perlukan bantuan abortion
Saya adalah ibu kepada 4 orang anak. Saya dapati saya mengandung 2 minggu selepas bersama suami. Saya punyai kitaran haid yang teratur dan masa bersama adalah hari ke 17 selepas haid.
Saya lakukan test dan ia menunjukkan positif. Kalau ikutkan kiraan pregnancy biasa, saya baru sebulan hamil.
Saya mempunyai malasah kesihatan dan masih makan ubat Simvastatin 20mg dan Medfomin 1000g sehari sekali. Maka saya tak nak teruskan kandungan ini. Boleh bantu saya dimana saya boleh lakukan abortion secepat mungkin.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang situasi yang dihadapi. Justeru saya sarankan puan untuk pergi ke klinik/hospital berdekatan dan membuat saringan untuk memastikan apakah benar terjadi kehamilan dan apakah terdapat risiko sekiranya kehamilan dilanjutkan. Berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi bagi menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan kematian, dll.
Walau bagaimanapun, ujian UPT hanya satu dari pelbagai cara untuk mengenal pasti kehamilan. Berbincanglah dengan suami dan keluarga yang tercinta bagi dalam mendepani situasi seperti ini, Semoga keputusan memihak kepada anda sekeluarga.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.