
shimaameng
5 tahun
Permasalahan period sedikit
Saya berumur 30 tahun, seorang wanita dan sudah berkahwin. Pada bulan ini, saya mengalami period sebanyak 2x.period pertama saya 4 hari sedikit2 dan hari ke 5 dan 6 period normal tetapi terdapat ketulan darah beku sebesar ibu jari dan berhenti sendiri. Walau bagaimanapun, period kali ke2 ini hampir sama dgn yg per1 dan ari ne masuk hari ke 5 period sedikit, keadaan warna period skjap merah, cranberry, Dan coklat. Saya ada mengalami sakit perut pada malam kelmarin. Mengikut kiraan saya akan period pada 8/11. Kebiasaannya akan period awal atau lambat sehari. Mohon nasihat lanjut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, harus diketahui bahawa kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari atau berlangsung selama lebih 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada keterangan anda, jelas bahawa tempoh haid anda adalah normal iaitu selama 4 hari. Sementara itu, kitaran haid anda tidak dapat ditentukan jarak diantara kitaran haid sebelum dan seterusnya. Sekiranya kitaran haid anda lebih cepat dari 24 hari, justeru dikhuatiri terjadi masalah diatas.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.