
Anonymous
5 tahun
Permasalahan Rahim Tersumbat
Saya wanita berumur 20-an. Pernah operate cyst 4 tahun lalu. Pada tahun ini berancang untuk berkahwin. 2 tahun lepas saya buat checkup dan mendapati rahim saya tersumbat. Bakal suami saya mahukan anak. Adakah masalah rahim tersumbat ini boleh dipulihkan? atau option saya untuk mendapatkan anak adalah dengan melakukan IVF sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, rahim tersumbat adalah belum jelas lokasi sumbatannya dimana. Akan tetapi, sumbatan yang selalu dikaitkan dengan kesuburan adalah fallopian tube yang tersumbat. Sumbatan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit keradanagn pelvis
- Endometriosis
- Penyakit menular seksual
- Fibroid
- Riwayat operasi perut atau hamil
Sumbatan fallopian tube hanyalah sebahagian daripada banyak penyebab ketidaksuburan. Justeru, sebaiknya puan berbicang dengan doktor untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.