
Sulit
4 tahun
Permulaan penggunaan yaz
Sebelum ini sy menggunakan gyenera skrg bertukar kepada yaz utk pertama kali.started period on last friday… sy terlupa yaz sepatutnya dimulakan dgn ahad…tetapi sy telah mengambil pd h isnin for the first dose.adakh sy patut berhenti dan tukar kod ubat lama atau just continue

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pil Yaz biasanya adalah pil perancang yang mengandungi 28 biji pil. Bagi pil kontraseptif yang mempunyai 28 biji pil, anda perlu mengambil pil ini setiap hari sehingga habis sebelum menyambung paket seterusnya. 7 pil terakhir tersebut biasanya tidak mengandungi hormon dan anda akan mendapat withdrawal bleed pada ketika ini. Anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa, namun, pasangan anda disarankan untuk menggunakan kondom bagi minggu pertama jika anda ingin bersama.
Langkah terbaik adalah anda disarankan untuk membaca arahan pada pek pil YAZ ini sendiri dan ikut arahan yang dinyatakan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.