
anieamin80
5 tahun
Pernafasan terganggu
Sya berusia 39.brp Hari lpas sy mngalami ketak selesaan bernafas.sy pergi ke klinik.doktor kta kmgkinan sya alahan mkanan hingga mngalami situasi berikut.sya diberi ubt stress,radang dan pening.slpas sy mkn ubat,sekitar dr uluhati hingga ke kerongkong rsa pedih dan panas.pndangan sya jg jdi mcm letih.rahang sy jdi xselesa sprti keletihan mganga lma.bleh doktor bantu sya.sya jdi cemas dan sprti dlm ketakutan yg tak tau punca

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang punca kepada gejala yang anda alami tanpa pemeriksaan dan maklumat lanjut. Gejala yang anda alami boleh berpunca daripada pelbagai perkara seperti:
- Stress atau anxiety (cemas)
- Kesan sampingan ubat
- Masalah sistem pencernaan seperti asid refluks
- Masalah sistem pernafasan seperti alahan, asma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.