
sygaii6993
5 tahun
Pernah ada sakit ketumbuhan pangkal rahim dan sekarang telah sembuh sepenuhnya. Adakah boleh menggunakan mesin terapi ceragem ini
Sakit yang dialami telah sehat sepenuhnya 20 tahun yang lalu. Adakah boleh menggunakan terapi ceragam ini kerana ada yang menyatakan ianya tidak boleh digunakan kepada pesakit kanser kerana dikhuatiri sel kanser akan kembali aktif?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Memandangkan Ceragem adalah sejenis mesin urut, justeru tidak jelas pertaliannya dengan ketumbuhan pangkal rahim yang dimaksudkan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.