Sulit
2 tahun
Pernah BTL dan ingin hamil semula
Saya wanita berusia 34 tahun. Saya telah melakukan BTL pada tahun 2016 ketika melahirkan anak ke-6 melalui kaedah czer. Saya disarankan untuk melakukan BTL kerana doktor berpendapat saya telah mempunyai bilangan anak yang ramai dan telah 3 kali czer. Tambahan pula doktor mengambil kira keadaan sosio ekonomi saya ketika itu kerana saya mengalami masalah kewangan serius kerana suami ketika itu mempunya masalah penggunaan dadah dan bersikap sangat tidak bertanggungjawab.
Pada tahun 2017 anak ke-6 saya telah meninggal akibat SIDS. Dan saya telah bercerai dengan suami saya ketika itu.
Saya akan bernikah semula pada tahun ini dan saya amat teringin untuk memiliki anak sekurang-kurangnya seorang dalam perkahwinan baru saya. Adakah ini perkara yang tidak mustahil? Saya juga sedar akan risiko terhadap saya tetapi jika saya sanggup menanggung risiko tersebut dan berjanji akan memantau keadaan diri saya sepanjang kehamilan akan datang, adakah hasrat saya ini akan dipertimbangkan oleh mana-mana fertility centre?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, bilateral tubal ligation (BTL) ataupun ikat tiub kebiasaannya dilakukan sekiranya individu tersebut telah mempunyai ahli keluarga yang cukup dan juga beberapa faktor lain. Berkenaan situasi anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar obstetrik untuk berbincang dengan lanjut mengenai hasrat anda untuk merancang hamil semula selepas BTL dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.