Sulit
2 tahun
Pernah menghidapi VDRL Positif 12tahun lalu
Sy kini berusia 35tahun. Ketika berusia 22tahun, Sy pernah melakukan hubungan seks bersame seorang pasangan. Ketika hamil, Sy didapati positif VDRL. Ank kelahiran Sy juga Positif VDRL. Baby mendapat rawatan awal di hospital ketika awal kelahiran. Tapi Sy tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan kerana tidak tahu seserius mane prnyakit ini.Kini… 12tahun telah berlalu…dlm tempoh 12tahun, Sy tidak melakukan seks dgn sesiapa pun. kini,Sy Mula mengalami gatal2 pada vagina dan Seluruh badan. Sy buntu, malu… seserius manakah prnyakit Sy? Ape yg patut Sy lakukan?..
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan, seperti:
- Penjagaan kebersihan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Komplikasi masalah perubatan yang dialami
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jangan lengahkan masa dan jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit perut atau ari-ari
- Demam
- Sakit atau pening kepala
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah dan/atau nanah dan berbau
- Gangguan penglihatan
- Terdapat cecair busuk keluar daripada faraj
Sukar untuk kami katakan seteruk mana keadaan anda berdasarkan soalan yang ditanya sahaja memandangkan maklumat lanjut adalah diperlukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.