
Sulit
5 tahun
Perpeluhan yang banyak
Saya ingin brtnya, sy mengalami perpeluhan yang banyak, walaupun kadang xbuat kerja pon blh berpeluh, kdg2 dduk depan kipas pon blh berpeluh, sy ingin tahu cara untuk kurangkan berpeluh ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah cepat berpeluh yang luar biasa dipanggil hyperhydrosis. Sesetengah orang sememangnya mudah berpeluh ketika cuaca panas dan makan-makanan pedas atau ketika melakukan aktiviti seperti bersukan. Namun, peluh yang banyak dan mengganggu kehidupan seharian boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi seperti mengalami anxiety
- Sesetengah masalah peluh berlebihan ini adalah disebabkan oleh genetik
- Masalah berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid
- Penyalahgunaan alkohol berlebihan atau pengambilan dadah
Sebelum perawatan, perlu dikenalpasti penyebab sebenar penyakit anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.