
Sulit
4 tahun
Persamaan pil hormon dan pil perancang
Saya berumur 42 tahun dn telah melakukan pembedahan pembuangan rahim dan ovari kerana pertumbuhan teratoma. Masalah saya pil hormon yg dibekalkan membuatkan saya berselera makan. Boleh kah saya menggantikan pil hormon kepada pil perancang? Adakh kdua pil ini mempunyai persamaan fungsi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah operasi yang major, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital tempoh hari atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Umumnya pil perancang merupakan pil yang mengandungi zat-zat kimia yang akan bertindak balas dengan hormon seseorang wanita. Selain itu, pil yang dapat memberi kesan terhadap hormon manusia lazimnya dapat juga memberi kesan terhadap nafsu makan, kitaran haid, berat badan, dan lain-lain pada seseorang wanita.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.