Sulit
6 tahun
Persetubuhan atau aktiviti seks tidak berlaku
Saya sangat risau tentang keadaan haid saya yang belum kunjung tiba. Adakah dipeluk dan diraba serta diletakkan di atas riba seorang lelaki di dalam laut secara tidak rela boleh menyebabkan kehamilan jika lelaki tersebut tidak melakukan apa2 bentuk aktiviti yang jelas memasukkan penis ke dalam vagina? saya seorang mangsa, tapi saya tidak memberitahu pada siapa2. Mohon bantu kerisauan saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air mani mengandungi sperma. Sperma harus tiba di dalam rahim untuk bersenyawa dengan ovum sebelum membentuk janin. Sperma mempunyai kemampuan untuk berenang tetapi hanya di dalam vagina (faraj) wanita sehingga sejauh fallopian tube. Oleh itu, penetrasi penis kedalam vagina adalah salah satu cara untuk mengalihkan sperma ke dalam faraj. Melihat kepada kondisi anda, jelas di dalam laut tiada sperma bebas yang akan berenang-renang masuk ke dalam faraj wanita, tambahan lagi apabila lelaki tersebut tidak mengeluarkan air mani. Maka, kehamilan tidak boleh berlaku.
Seandainya anda telah diraba tanpa kerelaan dan persetujuan anda, ketahuilah bahawa hak anda adalah dilindungi oleh undang-undang. Silakan untuk mendapatkan bimbingan dan dukungan dalam menghadapi situasi ini dengan menghubungi hotline / helpline persatuan-persatuan yang dapat membantu anda menangani krisis ini seperti dibawah:
Talian Kasih Nur: 15999
Women’s Aid Organisation: (03) 7956 3488 ataupun Whatsapp +6018 988 8058
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































