
Sulit
5 tahun
Persoalan berkaitan ubat haart serta pesakit hiv
saya mendapat hiv melalui bekas suami saya yang merupakan seorang penagih dadah. saya telah mendapatkan rawatan dengan mengambil ubat haart bermula tahun lepas. Dan baru-baru ini, pemeriksaan doktor menyatakan bahawa saya telah undetected. saya ingin mengetahui lebih lanjut 1) adakah saya boleh membuat ujian untuk mendapatkan bilangan virus dan cd4 2) adakah ubat haart sejenis antibiotik 3) adakah pesakit hiv boleh mendapatkan drip suntikan pemutihan vitamin c
sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda nyatakan bahawa doktor berkata ujiana anda undetected. Oleh itu, sekiranya anda ingin melakukan ujian bilangan virus dan CD4 sekali lagi, ia adalah keputusan anda. Ubat HAART merupakan gabungan ubat antivirus kerana HIV merupakan sejenis virus. Antibiotik pula digunakan untuk jangkitan bakteria. Anda boleh mendapatkan suntikan vitamin C namun anda harus bertanya kepada doktor yang merawat anda dan menyatakan status HIV anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.