
Anonymous
5 tahun
Persoalan tentang batuk dan asma
Hi doctor. Saya wanita berumur 21 tahun. Saya sudah mengalami batuk hampir sebulan lebih. Tapi saya batuk sekejap ada sekejap tak ada (on off). Sebelum ini, saya pernah jumpa doktor, doktor kata saya cuma batuk yang berjangkit daripada orang sekeliling. Dalam sebulan lebih tu juga saya ada batuk sehingga menyebabkan saya sesak nafas dan terpaksa mengambil oksigen. Dada saya seakan akan ketat bila hendak menarik nafas. Saya juga selalu batuk berbunyi (seperti ada kahak tersekat) lagi lagi bila hidung sumbat, lagi susah hendak bernafas. Kadang-kadang saya terpaksa berdehem atau batuk untuk bagi saya senang untuk menarik nafas. Untuk pengetahuan doktor, keluarga sebelah ibu ada mengalami penyakit asma. Jadi, saya ingin mengetahui sama ada saya cuma batuk biasa atau asma, berdasarkan kenyataan yang telah saya beri sebentar tadi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah batuk berpanjangan. Antara perkara yang boleh menyebabkan gejala ini adalah:
- Asma
- Alahan persekitaran seperti berhabuk, kering atau kerap terdedah dengan asap seperti asap rokok atau kawasan perindustrian
- Masalah asid refluks
- Radang saluran pernafasan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.