
Sulit
5 tahun
Pertanyaan berkaitan Jemaah Tabligh Covid-19
Hi Doc. Suami saya merupakan seorang pemandu Grab dan baru-baru ini telah mengambil penumpang (seorang jemaah Tabligh) dari Seri Petaling pada malam 29-9-2020. Drop-off point adalah di Kepong, kira-kira 30-40minit perjalanan dari lokasi.
Walau bagaimanapun, sehingga kini suami tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti virus Covid-19. Namun, saya fikir perlu dimaklumkan bahawa saya sedang sarat hamil 38 minggu.
Apakah kami perlu mengambil sebarang langkah berjaga-jaga atau suami saya perlu terus ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat ujian atau pemeriksaan selanjutnya?
Terima kasih!H

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Oleh kerana suami anda telah terdedah pada seorang yang berisiko dijangkiti COVID19, suami anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini suami anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya suami anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini