
Sulit
4 tahun
Pertanyaan darah tinggi
Saya wanita berusia 52 tahun. Sebulan lepas bacaan BP dalam lingkungan 168/110. Berjumpa doktor diberikan ubat Nabilet 5mg. ECG semua ok. Blood test semua ok. Setelah ambil ubat ini BP terkawal, dalam lingkungan 120/70. Kadang-kala lupa makan ubat, tangan kiri akan jadi kebas. baru-baru ini bahagian dada ada sakit beberapa saat. Adakah ini petanda sakit jantung? atau kesan sampingan daripada ubat itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, ubat Nabilet ini merupakan sejenis ubat beta-blocker dimana ia digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi ataupun penyakit jantung kronik. Kemungkinan anda menghadapi masalah jantung ataupun tidak. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa lagi dengan doktor pakar anda bagi menjalani ujian dan siasatan kesihatan yang lanjut untuk mengenalpasti punca masalah anda serta mendapatkan rawatan yang sesuai untuk anda.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.