
Sulit
4 tahun
Pertanyaan kehamilan
Hi doc, saya wanita berusia 22tahun. Period saya tak datang untk bulan ni. sepatutnya, 12/13hb period saya dah datang, tp sampai sekarang belum datang lg. Last period saya bulan lepas. Tapi bila saya check urine test negatif. Selain itu, ada sedikit cairan darah seakan wrna coklat keluar dari faraj saya. Dan kadang kadang bahagian bawah perut saya akan berasa sakit macam nak datang period. Adakah saya hamil doc? Tolong berikan penjelasan. Terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Walaupun begitu, sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak memandangkan keputusan ujian kehamilan adalah negatif dan pengesahan kehamilan juga perlu dibuat bersama dengan doktor. Selain itu, sejarah kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih lanjut untuk mencari punca mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.