
Sulit
5 tahun
Pertanyaan kepada penyakit kelamin
saya remaja yang berumur 21 ingin merawat atau mencegah penyakit kelamin kerana sering melakukan hubungan seksual secara bebas bersama pasangan saya sebelum-sebelum ini . Saya amat takut bila menyedari adanya penyakit tersebut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, antara cara pencegahan terbaik untuk penyakit kelamin adalah tidak melakukan seks ataupun pemakaian kondom. Pemakaian kondom masih boleh bocor dan menyebabkan jangkitan kelamin. Bagi merawat penyakit kelamin pula, gejala, sejarah kesihatan dan seksual serta pemeriksaan diperlukan bagi mengenalpasti punca penyakit kelamin tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.