
Sulit
4 tahun
Pertanyaan malam pertama
Hello doc. My question is saya dah bulan tak datang haid. Memang haid saya tidak teratur lately ni. Bulan 10,11 tak datang haid then bulan 12 datang then bulan 1 tak datang. Bulan 2 ni im not sure and i baru saja berkawin 2 hari lepas. Then yesterday i bersama suami untuk first night. Kami do sex without any perlindungan but my husb tak pancut dalam sebab kami tak decide lagi untuk pregnant dalam masa terdekat ni sebab dua dua still study. Jadi after dah selesai semua, petang ni saya sedar ada keluar darah dekat kemaluan saya. I dont know darah apa. Jadi dua soalan saya kat sini. First: adakah saya akan pregnant and should i ambik pill? Then sec: darah yang keluar tu darah apa? Sebab takde bau. Help me doc🙏🏻 THANKYOU

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Pertama sekali, tahniah atas perkahwinan anda!
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko kehamilan. Sekiranya anda berhasrat untuk menunda kehamilan, anda disarankan untuk melakukan kaedah perancangan keluarga samada pengambilan pil perancang kecemasan dalam masa 72 jam setelah hubungan seksual, pemakaian kondom ketika berhubungan, pil perancang kehamilan ataupun suntikan perancang. Untuk menentukan status kehamilan pula, anda disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan bagi mendapatkan kepastian.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Berkenaan darah yang keluar, ianya boleh disebabkan perdarahan haid ataupun sebab lain seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting/ perdarahan ringan sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Pengambilan pil perancang kehamilan
- Masalah pada reproduksi wanita -rahim
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih