ngaranden14
5 tahun
Pertanyaan mengenai Covid-19
Selamat sejahtera doktor,saya ingin bertanya:
1- apakah terdapat perbezaan bunyi paru-paru(pernafasan precisely) bagi orang normal dengan orang yang dijangkiti Covid-19 (sesak nafas) jika didengar melalui stethoscope.
2- apakah ubat yang dapat boost atau meningkatkan imuniti tubuh badan itu ada?Kalau ada apakah ubat tersebut dapat digunakan untuk membantu pesakit covid-19 dalam melawan jangkitan?
Terima Kasih
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Untuk makluman anda, terdapat perbezaan antara paru- paru normal dan pesakit COVID-19 apabila mendengar menggunakan stethoscope.
Selain itu, langkah untuk meningkatkan sistem imun badan kebiasaannya mengambil masa yang panjang. Namun, pemakanan yang sihat serta menjauhi orang sakit dan bersenam ringan dalam rumah boleh meningkatkan sistem imun badan. Langkah ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil dalam masa yang pendek kerana badan mengambil masa untuk menghasilkan sistem imun badan. Langkah masa pendek bagi melindungi diri anda dari jangkitan COVID-19 ialah:
- mencuci tangan
- memakai topeng muka sekiranya sakit
- jarak selamat antara anda dan orang lain sekurang-kurangnya 1 meter
- mengamalkan etika batuk dengan menutup mulut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































