osmantalib62
6 tahun
Pertanyaan mengenai Fibrioadenoma selepas 2 minggu pembedahan
salam… Doc… Saya bru 2 minggu menjalani pembedahan. Fibrioadenoma… Saya musykil… Sbb dekat kawasan jahitan operation tuh…bila saya tekan sikit lah saya rasa mcm ada benjolan lgi… Apakah itu… Minta penjelasan doc
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan pada kesan pembedahan boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Ketumbuhan lain
- Bendasing
Walaupun masalah yang berkaitan dengan payudara sering dikaitkan dengan golongan wanita terdapat peluang untuk golongan lelaki untuk mengalaminya. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih






































