
Sulit
4 tahun
Pertanyaan mengenai Simptom Acromegaly
Ahli keluarga saya mempunyai ratio saiz kedua-dua kaki dan tangan yang lebih besar daripada tinggi badan. Keadaan ini dialami sebelum akil baligh (akil baligh 12 tahun) dan sekarang berumur 14 tahun. Tangan dan kaki juga kering dan mengelupas. Adakah ini simptom acromegaly?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Untuk menjawab pertanyaan diatas, Acromegaly merupakan suatu kelainan tubuh akibat dari gangguan pada kelenjar piutiary yang mengakibatkan kadar growth hormone melonjak naik dan tidak terkawal. Gangguan ini sering memanifastasikan
- perlebaran rahang, dahi dan hidung
- pembesaran tangan dan kaki
- kelemahan otot
- gangguan organ jantung atau tiroid
- dan lain-lain
Walaubagaimanapun kondisi anda juga lazimnya boleh dikaitkan dengan
- pembesaran tubuh yang normal
- disertai dengan gangguan kulit yang tetap perlu dirawat
- atau, tanda-tanda awal kelainan hormon yang lain seperti Marfan Syndrome, Gigantism, dll.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Justeru, janganlah terlalu risau sehingga pemeriksaan dapat dilakukan terlebih dahulu. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.