
iria_zainuddin
4 tahun
Pertanyaan mengenai waktu subur
hi. sy wanita yg berusia 25 tahun. baru berkahwin 6 bulan. soalan sy bgaimana cara untuk sy ketahui waktu subur sy selain drp membuat ujian opk. selain itu sy ingin mengetahui berkaitan egg white. adakah egg white sama seperti keputihan. mcm mna cara utk sy beza kan egg white dan keputihan. Dan mcm mna egg white kluar drp badan kita? hrp doktor boleh jwb semua persoalan sy. trima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Untuk makluman anda, egg white ialah discaj daripada faraj yang menandakan wanita sedang kesuburan. Cecair egg white akan lebih kenyal dan mudah diregang.
Namun, jika anda ingin merancang kehamilan, anda disarankan untuk mengira kitaran haid anda. Sebagai contoh, jika anda memiliki kitaran haid selama 28 hari, tarikh ovulasi anda ialah pada hari ke 14 selepas hari pertama datang haid.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.