hans2240
6 tahun
Pertanyaan tengtang convid19
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya akan ke luar negara pada akhir bulan ini atas urusan kerja. Adakah perlu untuk saya ambil vaksin
Influenza utk elakkan flu (jangkitan selsema)
Pneumococaal utk elakkan pneumonia (jangkitan peparu)
Sebagai langkah keselamatan diri menghadapi convud19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk pengetahuan anda, Coronavirus adalah berbeza dengan virus influenza atau virus pneumococcal dan datang daripada keluarga virus yang berlainan walaupun kedua-duanya menunjukkan simptom yang hampir sama pada pesakit. Setakat ini, belum ada vaksin yang boleh diberikan untuk mencegah virus ini. Anda cuma boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Saya berharap jawapan ini memberi pencerahan kepada anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































