
Sulit
5 tahun
Pertanyaan tentang Convid 19
Pada 9 feb saya telah berkunjung ke thailand. Saya menginap sehari di bangkok dan 3 hari di aranyaprathet. Semasa di aranyaprathet saya demam selama 2 hari. Dan selepas itu pada 18 dan 19 feb saya berkunjung ke kemboja. Itu last saya ke luar negara. Dan skrg saya mengalami masalah batuk selsema kahak dan sukar bernafas. Adakah saya berkemungkinan boleh terkena Convid 19?

5 tahun
Salam sejahtera, saya ambil maklum bahawa anda telah berkunjung ke Thailand dan juga Kemboja serta kini mengalami batuk, selsema kahak dan kesukaran bernafas.
Kebarangkalian untuk anda mendapatkan jangkitam COVID-19 ada. Namun anda perlu untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom batuk berkahak dan sesak nafas yang andal alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus seperti virus Influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Anemia - kurang darah merah
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini