
Sulit
4 tahun
Pertanyaan Tentang Post-Exposure Prophylaxis
Assalamualaikum,Selamat Sejahtera.Saya Berumur 17 Tahun Ingin Menanyakan Tentang PEP.Saya pernah melakukan hubungan seks(Homoseks)…lelaki yang berumur 30 tahun telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya tanpa protection dan telah terejakulasi sedikit…Jika lelaki yang berumur 30 tahun itu membuat hiv test dan keputusannya negetif…Adakah Saya Masih Perlu Mengambil PEP? Dan Apakah step jika saya ingin mengambil ubat tersebut di klinik kesihatan…Dan Juga Berapa Kos Yang Dianggarkan Untuk Membeli Ubat Tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, PEP (profilaksis pasca pendedahan) bermaksud mengambil ubat untuk mencegah HIV setelah kemungkinan terdedah dengan patogen virus HIV. PEP hanya boleh digunakan dalam keadaan kecemasan dan mesti dimulakan dalam masa 72 jam setelah terdedah kepada virus HIV. Namun, dalam hal ini, jika orang yang anda maksudkan telah mendapatkan keputusan sah negatif, maka keperluan untuk anda mengambil PEP adalah rendah.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih