
Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang ubat ubatan
Hi selamat siang doktor. Saya wanita berusia 24tahun. Saya mengalami kekeliruan tentang pengambilan vitamin C dan teh herba yg saya amalkan sekarang. Boleh ke saya ambil kedua duanya dalam 1 masa yg sama atau perlu jarakkan waktu pengambilan?? Terimakasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kekeliruan anda tentang perkara ini. Secara umum, antara kebaikan vitamin C ialah:
- Menghasilkan kulit yang lebih berseri
- Penghasilan kolagen
- Membantu meningkatkan imuniti badan
Setakat ini, tiada kajian ilmiah yang mendapati keburukan apabila kedua-dua vitamin c dan teh herba diambil bersama. Namun, anda harus sentiasa memastikan produk teh herba ini telah diluluskan oleh pihak KKM bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan lain.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih