
Sulit
5 tahun
Pertumbuhan tonsil datang kali kedua
sebelum ini ank lelaki saya yang berumur 25 thn ini ada mengalami tonsil,trtapi sudah pulih… kali ini dtg lagi kali kedua tonsil ,tetapi nampak lebih besar dan kemerahan oleh itu mcm mana sya hendak mengubati dan meredhakan kesakitan itu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Selain itu, anda boleh melegakan sakit tekak anda dengan cara:
Gargle dengan air garam suam
Minum air suam
Minum air lemon dan madu
Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Memandangkan gejala ini telah menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan rawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.