
Sulit
3 tahun
Perubahan badan setiap kali melancap
Hi doktor, saya lelaki 18 tahun. Sejak umur 15 tahun sudah melancap sekarang ini masih kerap melancap sekali sehari. Adakah masih ada perubahan pada badan saya selepas melancap banyak kali (suara lebih garau, muka semakin berkedut , dan etc.? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Anda ingin mengetahui sekiranya terdapat perubahan tubuh sekiranya kerap melakukan onani. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya perubahan tubuh akan berlaku apabila seseorang itu meningkat dewasa atau akil baligh. Ia merupakan tanda bahawa sseorang itu telah mengalami kematangan seksual. Aktiviti beronani tidak akan mempengaruhi faktor perubahan fizikal ini.
Untuk pengetahuan anda, tabiat onani yang terlalu kerap merupakan tabiat yang tidak sihat dan kegagalan untuk mengawal tabiat tersebut lazimnya memerlukan bantuan profesional. Selain itu, onani yang terlalu kerap berisiko untuk berlakunya perkara yang serius seperti
- ketagihan
- gangguan emosi
- trauma kelamin
- jangkitan kuman
- penurunan kesihatan seksual
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.