
Sulit
3 tahun
Perubahan hormon period selepas vaksin
Dr, saya sudah ambil vaksin dan saya juga belum berkahwin. Period Saya sudah lewat 3 hari adakah ini salah satu side effect vaksin atas berlaku perubahan hormon ??

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami haid lewat selama 3 hari dan anda ingin mengetahui jika ia adalah kesan sampingan daripada vaksin. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan yang biasa berlaku selepas mengambil vaksin adalah:
- Merah, bengkak, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Namun begitu, haid lewat bukanlah antara kesan sampingan yang boleh berlaku akibat vaksin COVID-19. Haid lewat boleh berlaku disebabkan perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi