
Sulit
5 tahun
Perubahan pada keputihan
Sy wanita brumur dlm 20an sy nk tnyaa cra untk mngatasi gatal pda bahagian selengkang dan kputihan yg bau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah gatal-gatal di daerah alat sulit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
- candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Harus diketahui bahawa pengubatan untuk masalah ini harus ditangani dengan konsisten. Antara yang digalakkan untuk anda lakukan bagi mengurangkan kejadian ulang kurap di celah kelengkang adalah:
- Mengurangkan berat badan agar kulit peha tidak bergesel
- Mengelakkan memakai seluar yang ketat
- Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
- Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
- Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya
Merujuk kepada keputihan, ia boleh disebabkan oleh pelbagai hal seperti:
- Keputihan fisiologi yang normal biasanya tidak berbau
Sementara itu, keputihan berbau boleh disebabkan oleh:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin
Justeru, bagi mendapat rujukan doktor dan agar dapat didiagnosis dengan benar, silakan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.