Sulit
4 tahun
Perubahan pada payudara
Salam sejahtera, saya nak tanya. Kalau ada perubahan pada payudara adakah ianya salah satu tanda saya hamil ? Payudara saya agak sensitif kebelakangan ini. Mudah menegang dan terasa sakit apabila disentuh . Saya dah makan pil postinor selepas bersama suami dan ketika itu suami saya juga pancut luar. Adakah saya masih berisiko untuk hamil ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada payudara anda boleh disebabkan:
- Pembengkakan payudara akibat, saluran susu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan ataupun kesan pil berasaskan hormon
Peluang anda untuk hamil adalah tipis namun ianya masih wujud. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.