Sulit

4 tahun

Perubahan personaliti

Saya seorang perempuan berusia 21 tahun. Saya sering kali didatangi perasaan rimas yang melampau terhadap seseorang dan perasaan itu hadir secara mendadak dan tiba-tiba tanpa diduga tetapi di dalam tempoh yang singkat sahaja (cth: sehari dua tetapi besok, ok semula). Perasaan rimas itu membuatkan saya cepat marah,tidak selesa,menyampah dan mahu elak serta menjauhkan diri darinya semampu boleh sedangkan seseorang itu tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap saya. Hanya terhdap seseorang individu sahaja di dalam sesuatu tempoh dan seseorang itu pula boleh jadi sesiapa sahaja yang dikenali dan rapat, mahupun kawan saya yang paling sopan dan baik ataupun ahli keluarga saya sendiri. Saya cuba untuk kawal diri dan bersabar sebaik mungkin serta mengamalkan doa-doa tertentu setiap kali perasaan itu hadir, tetapi saya tetap tidak mampu dan end up bercakap dalam nada yang tinggi, mula menjauhkan diri dan sebagainya sehingga boleh mengguriskan hati mangsa tersebut. Saya tidak berniat langsung untuk melakukan tindakan tersebut sedangkan mereka individu yang paling baik terhadap saya tetapi saya tidak tahu kenapa saya alaminya. Seingat saya bermula sejak di sek menengah dan paling ketara adalah ketika saya berumur 17 tahun (mula didatangi haid berumur 11 tahun). Adakah itu normal? Atau ianya hanyalah sekadar mood swing?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk menentukan sama ada anda mengalami masalah emosi ataupun mental. Sebelum melakukan diagnosis, terdapat pelbagai soalan yang perlu diajukan, Bukan itu sahaja, anda harus diperiksa oleh doktor pakar sebelum diagnosis dibuat.

Kemarahan ini boleh dikawal dengan baik sekiranya anda bijak mengawal perasaan anda, Anda boleh cuba melakukan perkara-perkara dibawah sekiranya berlaku kemarahan :

  • Menarik nafas dan hembuskannya, perlu diulang sehingga anda kembali tenang
  • Bersukan ataupun aktiviti fizikal ringan seperti joging dan berbasikal
  • Mendengar muzik
  • Menonton Televisyen
  • Melakukan aktiviti yang gembira dan ceria
  • Menikmati keindahan flora dan fauna seperti mendaki gunung
  • Berdiam diri tanpa melepaskan kemarahan
  • Dapatkan udara segar
  • Kurangkan berfikir
  • Tingkatkan amalan kebaikan.

Sekiranya masalah kemarahan ini berterusan dan sukar untuk dikawal, kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya. dikhuatiri perasaan marah yang melampau boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dan membahayakan diri sendiri.

Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

AdobeStock_59157407

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)