
Sulit
5 tahun
Perut bahagian bawah sakit
Salam sejahtera doc,sy berumur 19 tahun dan kerap berasa sakit di bahagian bawah perut dan sakit pinggang( rasa mcm tengah period) sengal2,mudah penat walaupun kerja yg dilakukan itu mudah.perut sy juga sedikit buncit dan selalu sakit.rasa sakit tu mcm dtg period dan sy mempunyai masalah senggugut yg teruk walaupun sudah habis period.kitaran period sy hanya cukup 4 hari tiap bulan dan darah sangat sedikit walaupun baru hari kedua.tapi rasa sengal2 di bahagian pinggang sering dirasa dan kejang di bahagian perut(kdg2).tp perut sy tidak keras atau terasa benjolan apa2.harap doc dpt membantu.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di perut bahagian bawah boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Appendisitis kronik
- Penyakit keradangan pelvik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.