
Sulit
4 tahun
Perut bahagian kiri kembung
Sy wanita berumur 25 tahun. Baru2 ni sy alami gastrik yg teruk. Dan skrg sy dapati perut bahagian kiri sy besar sedikit dari yg kanan. Knp ya doc?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ulser dalam perut
- Ketumbuhan dalam perut atau usus
- Inflammatory bowel disease
- Alahan kepada makanan tertentu
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Sukar bagi pihak saya untuk menentukan kesimpulan tanpa melakukan pemeriksaan dan maklumat tambahan perlu diperolehi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.