
Sulit
4 tahun
Perut bawah belah kiri rasa tegang
Saya wanita berumur 23 tahun, rasa tegang di bawah perut belah kiri. Saya tengah tunggu hari untuk period, and kebiasaanya sebelum dan semasa period memang perut rasa berangin dan berbunyi2. And time period memang saya akan kena sakit gastrik sekali kalau makan lambat sikit.and saya akan consume magnesium trislicate and sakit gastrik akan hilang. Rasa tegang bawah perut belah kiri ni normal ke doktor? And normalkah kena gastrik time period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah haid dan sakit perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sakit perut merupakan salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh kaum wanita semasa kedatangan haid. Perubahan hormon yang berlaku semasa kedatangan haid akan menyebabkan otot-otot di dalam rahim anda untuk mengeras untuk membuang darah di dalam rahim.
Selain itu, perubahan hormon tersebut akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap kesakitan yang berpunca daripada otot-otot rahim yang mengeras. Oleh itu, kaum wanita akan mengalami sakit perut semasa kedatangan haid. Secara umumnya, sakit perut semasa haid boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau ubat pencegah kehamilan.
Namun demikian, sakit perut yang teruk semasa kedatangan haid boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kondisi lain seperti:
- endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- fibroid
- adenomyosis
- jangkitan rahim
Penyakit-penyakit seperti endometriosis boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti ketidaksuburan jika tidak dirawat dengan awal. Oleh sebab kesakitan anda telah mengganggu aktiviti harian anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Anda perlu berjumpa doktor sekiranya anda merasakan sakit perut anda mengganggu aktiviti seharian anda. Anda boleh mengatakan pada doktor bertugas bahawa ianya sakit perut yang berkait rapat dengan haid dan telah mencuba ubat gastrik tetapi tidak berkesan. Sifatnya adalah cramping berbanding sakit perut kerana tersalah makan. Harap ia membantu. Terima kasih
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.