
Sulit
3 tahun
Perut berada pedih dan tidak selesa selepas makan
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr. Saya wanita berumur 24 tahun. Sejak kebelakangan ini, selepas waktu makan, perut saya akan berasa pedih dan sebu. Dan kadangkala diikuti rasa pening, sakit badan dan ingin muntah. Perut saya akan berasa pedih setiap kali selepas makan walaupun makanan tersebut tidak pedas. Dan kadangkala saya merasa tekanan di bahagian atas kiri perut saya.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala perut pedih dan diikuti pening, sakit badan dan muntah. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi, antranya:
- Gastrik
- Ulser perut atau usus
- Keradangan appendiks
Namun jika tidak dikesan dan dirawat dengan segera ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius boleh berlaku seperti perut bocor atau pendarahan perut atau usus.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.