
farhatasya.amran
2 tahun
Perut buncit selepas melahirkan
Sy berumur 29tahun,dan telah melahirkan anak ke2 hampir 5 bulan lepas secara ceaserean. Namun, sehingga hari ini,saya mengalami masalah perut buncit yang mana bukan disebabkan lemak ,kerana pusat saya juga masih menonjol keluar sama seperti keadaan mengandung. Saya rasakan seperti belon keras di bahagian perut hadapan saya. Adakah saya mengalami diastasis recti ? Untuk pengetahuan doctor, saya dinasihatkan untuk melahirkan secara c-section kerana berat bayi hampir bayi saya hampir 4kg dan saya telah mengalami koyakan tahap 3 sewaktu kelahiran pertama.

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Selepas melahirkan, gejala yang paling ketara berlaku adalah bonjol di kawasan perut anda. Walaupun anda tidak lagi mengandung, ianya mungkin kelihatan seperti anda masih mengandung. Selepas beberapa minggu selepas bersalin, jurang akan mula mengecil apabila otot anda kuat semula.
Walaubagaimanapun jika ianya berlarutan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dan pengesahan lanjut tentang keadaan anda. Saya amat menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor atas talian kami di supaya doktor dapat membantu anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk tindakan lanjut. Terima kasih.