
Sulit
4 tahun
Perut dan kaki rasa sejuk dan perit
Hi Doktor. Saya wanita berumur 24 tahun. Start dari hari khamis lalu, saya mengalami sakit perit di bahagian dada sebelah kanan. sakit ni kadang-kadang datang dan hilang. Semalam sakit dada tu diiringi dengan rasa sejuk di bahagian perut dan kaki saya. Hari ni sakit tu jadi lebih teruk. Jadi saya pun jumpa doktor dan doktor cakap paru-paru saya sempit sebab tu saya mengalami sakit dada. Tapi saya lupa nak bagitau doktor saya pasal rasa sejuk di bahagian perut dengan kaki saya tu. Saya dah makan ubat. sakit dada hilang tapi perut dan bahagian kaki saya masih rasa sejuk. soalan saya, adakah paru-paru sempit yang menyebabkan perut dan kaki saya berasa sejuk dan perit? ataupun disebabkan oleh hal lain?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit dada kerana masalah paru paru sempit. Kami memerlukan lebih maklumat tentang bagaimana sakit dada anda berkait rapat dengan masalah kaki sejuk dan perut terasa sejuk yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.