
Sulit
3 tahun
Perut Jadi kembung cekang dah 3 hari akibat sakit kecut buah pinggang
Doktor,saya lelaki berumur 28 tahun,saya kerap melakukan onani dan lama kelamaan mengakibatkan buah pinggang saya berasa mengecut dan rsa sakit bila air kencing mengalir semasa hendak kencing…rasa kecut bahagian kiri dan kanan buah pinggang…sebelum ini saya onani perut stabil kempis kurus je lepas kencing…
Seterusnya,saya baru perasaan yang perut saya kembung cekang walaupun sudah berkali2 kencing …
Persoalan saya,apakah yang menyebabkan perut saya menjadi kembung cekang sehingga tidak kempis sampai 3 hari walaupun dh kurang minum air? ?
Adakah ada kena mengena dengan buah pinggang kecut itu? Apakah penyebab dan rawatan perut kembung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit buah pinggang serta perut kembung anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya gangguan saluran keluar pundi kencing, keradangan saluran kencing, jangkitan pada saluran kencing, sembelit biasa dan sebagainya.
Faktor-faktor atas biasanya menyebabkan gejala yang anda mengalami ini. Punca gejala yang serupa sekali ini amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.