
Anonymous
5 tahun
Perut kembung dab kerap kencing
Isteri sy asyik mengadu perut kembung dan kerap kencing…die selalu minum kopi… Ade kah kopi boleh menyebabkan kembung perut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, masalah yang dihadapi oleh isteri tuan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pertama, akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi. Kencing banyak boleh jadi kerana kafein ditapis dan disingkirkan dari badan oleh buah pinggang. Kafein mempunyai tekanan osmotik yang tinggi, sehingga menarik air yang banyak sampai terjadi kencing yang banyak. Selain itu, kafein mempunyai efek merelaksasi otot sfingter perut sehingga menyebabkan asid perut naik dan menimbulkan rasa kembung.
Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa kemungkinan boleh jadi gejala yang dialami isteri anda adalah disebabkan oleh:
- diabetes melitus
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
- ulser perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.