
Sulit
2 tahun
Perut kembung, sakit ulu hati Dan kadang2 mengakibatkan kesukaran bernafas
Saya lelaki berusia 29 tahun. Saya mengalami. Sakit ulu hati, perut kembung Dan kesukaran bernafas ( on/off ). Sudah 2 hari saya mengalami sakit ini. Harap doctor boleh memberi penjelasan atas sakit saya ini. Saya ade sejarah sakit gastric yg Di tahan Di hospital columbia pada tahun 2017. Doctor sudah buat scope Dan result tiada luka Di usus… Cuma gastric. Retail hari ini sakit tu datang kembali. Harap doctor dapat beri penjelasan atau bagaimana untuk control dari tidak sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gastritis adalah satu kondisi yang mana lapisan dalam perut terjadi keradangan. Hal ini biasanya berlaku disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria H. Pylori, H. Heilmannii, virus, dan lain-lain
- Autoimun
- Pengambilan ubat NSAID
Apabila kondisi diatas tidak terkawal, biasanya keadaan boleh memburuk sehingga terjadi penyakit-penyakit yang berikut. Antaranya:
- Ulser perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Esophagitis
Memandangkan anda telah skop dan tiada ulser, doktor pasti memberitahu punca gastrik anda yang boleh tetjadi akibat 3 faktor diatas. Jika H.pylori, anda akan diberikan antibiotik kerana gastrik anda akibat kuman. Jika NSAID, anda disarankan untuk berhenti mengambilnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.