
Sulit
5 tahun
Perut kembung selepas pembedahan
Hi doktor, 3bulan yang lalu saya ada menjalani pembedahan apendiks. Sekarang saya mengalami kembung perut hampir 2bulan. Tiada demam, Cum

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kembung perut biasanya adalah berpunca daripada angin atau air memenuhi perut. Hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sayur-sayuran Cruciferous
Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
Tekanan atau kebimbangan
Intoleransi makanan
Penyakit radang usus
Asid refluks
PMS
Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.