
Sulit
4 tahun
Perut keras dan kembung
Hi dr…saya berumur 26 tahun…saya mengalami masalah perut keras dan rasa senak selepas makan walaupun makan dlm kuantiti yang sikit…sebelum tu saya pernah rasa sakit dada yang teruk dah telah berjumpa dr pakar dan disah kan ada sakit acid relux…adakah perut keras ini disebab kan acid refulx? Apa nasihat dr untuk saya kurang kan perut keras ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, perut keras dan kembung boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am. Bagi masalah tersebut, garis panduan yang biasa diikuti adalah dengan memberikan anda dengan rawatan yang ringkas. Ubat gastrik boleh mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati. Selain ubat-ubatan, anda juga disarankan untuk mengurangkan berat badan, elakkan dari merokok serta tidak terus baring selepas makan.
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.