
Sulit
4 tahun
Perut Membuncit dan terasa sakit
Saya lelaki berumur 27 tahun… sejak akhir-akhir ini saya sukar untuk membuang air besar… selepas makan perut terasa kembung dan sukar bernafas… perut juga terasa sedikit sakit pada bahagian sebelah kiri… kalau saya masuk ke tandas pun jumlah yang keluar hanya sedikit berbanding dengan apa yang saya makan… keadaan najis jugak adalah cair tidak seperti hari-hari biasa dimana ianya keras…

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan perut membuncit & sukar bernafas selepas makan sering dikaitkan dengan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang lain pula termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Intoleransi makanan
- Asid refluks (GERD)
- Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
- Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Sesak nafas anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru. Sekiranya gejala berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).