
Sulit
5 tahun
Perut ngilu dan muntah2
saya baru lepas keguguran,sekarang saya mengalami sakit perut yg sangat sakit sehingga rasa ingin muntah,apa yang patut saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Food poisoning
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Sembelit
- Irritable bowel syndrome (IBS)
Memandangkan anda sehingga muntah-muntah, dikhuatiri ia boleh menganggu pemakanan dan selera makan anda hari ini, bagi mengelakkan masalah memburuk, anda harus merujuk doktor. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.