
Sulit
3 tahun
Perut rasa ketat bila baring
Saya perempuan umur 17 tahun sejak kebelakangan ni bila saya baring je perut saya rasa ketat dan kadang ² dada saya rasa berat waktu ni bila saya cuba nak picit perut saya ada bahagian perut saya bila saya cucuk je die terasa sakit smpai ke sebelah lain . kadang² rasa sakitnya smpai ke atas kemaluan

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami tidak dapat menyimpulkan punca sebenar masalah anda kerana kami memerlukan sejarah perubatan yang lengkap serta pemeriksaan fizikal. Masalah anda boleh disebabkan oleh banyak perkara kerana bahagian abdomen mengandungi organ-organ daripada sistem penghadaman, sistem reproduktif dan buah pinggang. Sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Sila hubungi doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi